...no topic...

0 comments
hmm...nape la aku teringat kat ex aku nie.....da stahun da berlalu kot..tp still jgak teringat...padahal dia ada da kehidupan baru...makin sombong n bongkak...ntahla.....ritue ada la aku dgr citer dia kat shah alam....terkejut jgak aku dgr...biler di tanya...nak marah2...da nape....?jgn2 btul kot...tue yg dia marah....dahlah...biarla dia.....yg pasti tahun baru 2010 nie....aku azam nak mencari kegembiraan dalam hidup nie....aku nak la ada something new n moga2 ape yg aku doa nie termakbul.....da2...sikit2 je nak citer...heee....

td ptg, aku gi la jejalan sorang2 gi ocean...cari cd.....layan kan aje diri nie....pastu terasa nak pusing2 klebang sorang2...tgh2 otw nak gi saner...tgk ada satu eksiden...3 kete n 1 lori...tak silap la....
1 kete tue terbalik da....ntah mcm maner la pemandu nyer...hope ok kan...tunggu je la sok berita.....

year end daa....

2 comments
haa....lama da aku tak tgk blog nie....aku tak tau ar nape...maybe sbb aku masih mencari perkara yg boleh mengembirakan hidup aku....huhu....skang nie baru aku sedar, nape macam2 perkara berlaku semasa aku sem 3,4 n 5....aku nampak hikmah nyer nape....aku sgt nampak.....orang kata kan...kiter kalo nak berjaya dalam hidup nie mesti harungi pelbagai masalah n selesaikan....sbb biler kiter dapat selesaikanyer...ia akan menjadi experience yg boleh mematangkan diri sendiri...
alhamdullilah...skang nie hidup aku makin ok......aku just nak ucapkan thanks kat member2 aku kat uitm....illa,bell, and hidayah...diorang banyak sgt tolong aku masa aku perlukan...thanks alot k....

sedar tak sedar, da berakhir sem 5....tahun baru nie da start da sem 6...sem akhir...insyallah...jika diizinkan tuhan.....result pun da kuar....aku sgt syukur result aku ok then sem lepas.....sejak akhir2 nie....aku tak tau ar...hati aku nie tak tenang je.....n aku terlalu pikirkan future aku.....ritue aku de la ikut abg aku cari keje.....dia nak pindah melaka......mmg susah......ramai sgt nak bekerja...semua mencuba.......aku risau sgt....sbb mcm maner future aku nanti......bleh ker aku dapat keje baik...yg menjamin masa depan n tua aku......mcm2 la aku pikir....aku nampak knape parent slalo suh kite blaja....bukan untuk sape...untuk kiter jgak...sbb biler da bekerjaya, kite mesti nak ada keluarga sendiri...sbb takkan kiter nak mati sorang2...atleast kalo ada anak...anak2 boleh tolong kebumikan kiter....nak ada keluarga mesti kite kena ada keja btul2 jamin...sbb parent belah pompuan semua mesti nak anak pompuan diorang dapat suami yg bleh jaga anak dia....jauh kan aku pikir.....huh.....risau siot biler pikir2...

klah.....lagi bape ari nak new yearkan....aku nak minta maaf la kat sape2 yg penah tersinggung ngan aku yea....0-0......insyallah everything will be ok...hopefully....

holla....

6 comments
hye...lama da aku tak tulis blog nie....ntahlah...maybe aku takda mood or takda idea....heeee.....
last post aku, final exam intersesi aku.....alhamdulilah...aku pass 2 paper tue....pada mula nyer aku mmg tak yakin aku lulus paper pagi tue...tp sib bek lulus...nway...thanks alot to my lect......
Sblm exam intersesi tue, aku ada lah knal seorang gurl nie.....dia sgt2 hapenning....aku happy sgt kwn ngan dia.....coz dia dapat lupakan ex aku dulu.....mustahil lah nak hilang kan terus ex aku tue....mmg kekadang aku teringat kat dia.......nway....thanks alot to her because dia banyak buat aku happy....until now, aku still lagi kwn ngan dia....rapat lah jgak.aku harap aku dapat kwn ngan dia sampai bila2.....insyaalah......heee.....

birthday present for my antie @ mom

gambar kat atas tue gmbar present makcik @ mak aku........birthday dia 18 julai ritue....sepanjang dia jaga aku, tak penah aku bg dia hadiah....tgh hari 18 hrbln, aku tergerak ati nak belikan dia hadiah...then aku belilah hadiah untuk dia.....sgt2 dia suka...ialah aku kan tak penah kasi dia hadiah........mlm tue, kakak aku @ anak makcik aku buat lah suprise party...aku pun berlakon lah mcm tak tau ape...last2 jadi kitaorang buat...terkejut giler dia.....hari tue mmg best giler....seronok....maklumlah dah lama takda party2 mcm nie.........

lastly, aku nak citer past few week, aku teringat kat ex aku......aku trylah busykan diri ku ini, tp tak leh....last2 aku pun msg dia....aku just nak kiter jd kwn biasa....aku bukan ape...biler tak wat camnie, kiter akan rasa benci or dendam kat dia...then dia accept...so okeylah....alhamdullilah everything i do all are in smooth....hee......

itu jelah ape yg aku wat few week nie....takda benda best pun...cuma jalani kehidupan seharian yg hampir sama tiap2 hari......lusa da start da nak kelas after cuti midterm....nie pun baru baik demam...hopefully by monday, aku da okey......klah........take care all of u my friends......do keep in touch......


24 june 2009.....sucks day....

5 comments
huh....kejap je da abis intersesi.....
pd mulanyer aku nak amik intersesi,untuk senang kan aku....
tp pada hakikatnyer....leceh.....aku amik 2 paper n aku tak sangka plak paper aku
pada satu hari yg sama....perg....kecut pewut beb tgk jadual pagi law n petang ob....
isk....giler ape......dua2 plak tue banyak giler nak baca.....
pada masa yg sama,mula lah migrain aku datang......aku letih sgt......
kekadang tue aku cam give up pun ada.......ngan result yg agak teruk....
semua lah tak kena.....ape nak jadi ngan aku nie pun tak tau....hopefully esok aku okey....
skang nie pun aku ngah tension....ialah...benda banyak nak baca....bc law...ob bleh ingat2 lupa...
dah tue camner....isk....risaunyer..........klah...saje je nak bercerita....
nak bg tenang sikit jiwa nie.....huhu....

betul atau tidak article ini...........sila lah comment.....

4 comments

Topik ini tentu sekali akan buat ramai kaum wanita merasa bengang dan tidak bersetuju tetapi GUA merasakan topik ini perlu dipertengahkan kerana ianya penting dalam mengekalkan keharmonian sesuatu perhubungan.

Wanita mempunyai perangai unik di dalam perhubungan iaitu gemar merajuk dan ‘membuat perangai’. Sikap ini bukan sahaja melanda wanita di usia lingkungan 20-an yang boleh disifatkan sebagai kurang matang, tetapi juga hadir di kalangan wanita yang berusia 30 dan ke atas.

Mengupas sebab-sebab wanita ‘membuat perangai’, GUA dapat meringkaskannya kepada tiga.

1. Wanita merasakan apabila merajuk, mereka comel
2. Wanita merasakan apabila membuat perangai mereka akan mendapat perhatian yang lebih daripada lelaki
3. Wanita merasakan apabila lelaki tahu mereka tidak puas hati, mereka menang dan lelaki akan mengalah kepada tuntutan dan ugutan mereka.

Tetapi kebanyakan wanita yang melakukan sikap keanak-anakkan ini tidak perasan bahawa dengan berperangai begitu akan menimbulkan reaksi dan emosi yang negatif di pihak lelaki. Kaum lelaki adalah insan yang ringkas. Mereka lebih sukakan sesuatu yang terus terang, straightforward. Berteka-teki untuk meneka mengapa wajah isteriku tiba-tiba mencuka atau memikirkan apakah salah mereka akan menambahkan tekanan yang tidak memperbaiki perhubungan.

1. Lelaki akan berasa serba salah dan sering tidak begitu tahu apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki keadaan.
2. Lelaki akan mencari jalan untuk tidak berkata benar hanya untuk escape daripada mengalami episod ‘buat perangai’.
3. Lelaki akan bosan dengan sikap anda dan lama-lama akan bosan dengan perhubungan yang sering mengundang duka berbanding ceria.

Episod merajuk dan buat perangai ini tidak akan muncul di awal-awal perhubungan. Hanya selepas pasangan mengakui perasaan cinta masing-masing dan sudah tidak ada ragu-ragu bahawa lelaki itu dia punya, wanita akan mula ‘menduga’ dengan merajuk dan menuntut perhatian menggunakan cara merajuk dan membuat perangai.




Sebagai contoh, teman lelaki terlupa telefon kerana sedang bermesyuarat. Oleh kerana tidak sabar, teman wanita mendail telefon bimbit berkali-kali dan tiada jawapan. Apabila teman lelaki menjelaskan kedudukannya yang berada di dalam bilik mesyuarat, teman wanitanya tidak akan menerima secara terus tetapi akan menyukarkan lelaki tersebut dengan soalan-soalan yang berbentuk tuduhan yang akan berakhir dengan teman wanita merajuk tak tentu pasal.

Bagi mereka yang sudah berumahtangga, isteri sering cenderung untuk curiga apabila suami keluar berjumpa rakan-rakan. Maka SMS pun bertalu-talu dihantar bertanyakan bila suami nak balik walaupun dia baru sahaja keluar 10 minit. Apabila 15 minit tak balik, telefon pula dengan alasan anak menangis, kepala pening dan sebagainya untuk membuatkan suami balik cepat.

Ini hanyalah dua contoh tetapi GUA pasti mengena ramai pelayar di luar sana. Sikap mengada-ngada wanita dalam perhubungan ini jika keterlaluan akan membahayakan perhubungan.

Untuk mengikis sikap ini daripada terus bermaharajalela dalam perhubungan, orang lelaki atau suami perlu tegas membimbing isteri. GUA tidak mengatakan bahawa lelaki atau suami tidak boleh memanjakan isteri atau kaum wanita langsung tidak boleh buat perangai dalam perhubungan, tetapi biarlah munasabah dan jangan kerap berlaku.

Para lelaki harus tegas dalam perkara ini. Memanglah sayang teman wanita dan isteri tetapi jangan sampai isteri yang menjadi nakhoda dalam kapal rumahtangga. Apabila merajuk itu tidak kena pada tempatnya, jangan dilayani. Sikap manusia terbentuk kerana kebiasaan atau conditioning. Apabila merajuk dan dilayan (positif), orang yang merajuk akan melakukannya lagi kerana reward yang diterimanya berpihak kepada apa yang dia mahu.

Apabila kerap tidak dilayan tatkala merajuk kerana perkara-perkara remeh, sikap itu akan cuba diubah kerana dia tidak mendapat reward yang dikehendakinya. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, jangan dilayan apabila teman wanita atau isteri merajuk atau buat perangai kerana perkara yang tidak munasabah.

Kuatkan diri untuk buat muka 10 sen apabila teman wanita atau isteri mula berleter dan membuat perangai dengan lebih teruk lagi. Percayalah keadaan akan menjadi lebih baik apabila isteri sudah faham apa yang ingin anda sampaikan.

Namun begitu, jangan melakukan teknik ini tanpa menerangkan terlebih dahulu kepada teman wanita dan isteri. Jelaskan kepada dia kenapa anda tidak melayan apabila dia buat perangai. Dan amat penting sekali untuk anda memastikan bahawa anda tidak melayan dia apabila dia merajuk tak tentu hala. Satu perkara lagi yang perlu diingat ialah, apabila merajuknya bertempat, jangan lupa pujuk.

Bagi kaum wanita pula, merajuk sesekali itu mungkin comel tetapi kalau kerap sekali, memualkan. Put yourself in his shoes dan jadilah orang yang perlu memujuk selalu, tidak menyeronokkan langsung bukan? Perhubungan yang sihat ialah apabila masalah atau ketidakpuashatian dapat diselesaikan dengan interaksi dan komunikasi antara pasangan. Cakap terus terang dengan teman lelaki atau suami apa yang menyakitkan hati anda, dan cuba untuk menyelesaikannya. Tinggalkan ‘buat perangai’ dan merajuk ini kepada budak belasan tahun yang baru untuk bertatih bercinta.

(diambil di website GUA.com)

solat jumaat yg tak kusyuk....

1 comments
ptg td,aku gi lah solat jumaat.....mula2 okeylah kan....tp sebelah aku nie ada pakcik...
dah tua lah jgak......pakcik nie yg wat aku tak kusyuk....maner tak nyer....
kejap2 dia sedawa.......kuat plak tue,....ada lah 2 minit sekali sedawa.....
angin je aku satu badan.....huhu.....takpelah....dugaan kan....huhu.....

holla........

4 comments
huh....lama jgak aku tak menulis blog.....mcm2 jadi.......penat,tension....semua lah ada.......
start with 30 hb ritue......haritue bleh dikatakan busy lah jgak....maklomlah, aku kena gi gantikan
mak aku gi kenduri kawin kwn2 dier.....dekat 3 umah jgak lah.....kenyang giler....cam tak guna je aku gi jog....hehehe.....masa gi kenduri kawin tue, aku ada lah jumpa 2 orang kawan lama.....perempuan lah.....nama nyer aku tak ingat...tp sorang amik law kat shah alam n satu lagi da keje...stabil lah kira.....mmg tak sangka ar semua member2 aku yg jumpa, semua da berjaya lah jgak....doctorlah.nurse lah...mcm2 lah....
balik je dari kenduri, aku singah lah umah ayah aku......abang aku 1 hb dia da nek key el....so aku ajak ar tgk wayang...citer terminator salvation....kira best lah jgak citer tue........tp sedih nyer biler aku balik je umah....mak aku da bising2....tension giler....aku da bertekak da pun ngan mak aku....m aku tak sangka mak aku cabar aku dok umah sewa....huhu........malam tue aku pikir......kalo aku dok umah sewa,lg teruk kot lagi nanti....lagi gaduh besar....susahlah dok umah sendiri....banyak comitment...ramai ckp best konon nyer dok umah....tp tak lah best sgt....huhu
the next day, mak aku gi kelantan ngan kakak aku....maka tinggallah aku ngan nenek aku.....pagi2 aku da bgn nak beli sarapan.....sebelum gi kelas, aku kena make sure nenek aku da makan...takut kalo dia makan sorang,tercekek.......huhu.....pastu aku teruslah gi kelas.....after kelas je aku kena gi kedai belilah makanan untuk nenek aku......seperti biasa, balik je hidangkan makanan untuk nenek aku.......and ape yg aku tersenyum, nenek aku puji masakan yg aku beli tue sedap.......susah tau nenek aku nak puji........best giler aku tgk nenek aku mkn....bersungguh2....kat situ pun da hilangkan sedikit penat aku......
smlm pun sama jugak.......tp kecian lah nenek aku kena tunggu aku balik....sbb aku tak bagi dier makan....balik2 je bg lah dier mkn........masa hari tue aku busy jgak lah ngan assg law......nak kena present kan....da lah tak banyk fakta...huhu....mlm tue aku lepak lah umah member aku buat assg sampai kol 12.....otw nak balik, aku terasa lapar plak.....so aku pun ngan selamba nyer nek moto gi drive thru mcd....segan lah jgak...tp pedulik ape aku....janji aku kenyang....kuikuiku.......
itulah hari ku.....penat.....busy.......huhu.....klah.....kalo aku terasa nak tulis lagi, aku tulis....daaaaaa